Monday, 4 February 2013
Monday, 19 November 2012
Doa hancur sesama Islam haram: Mufti
(Petikan dari Berita Harian)
Ipoh: Mendoakan dan mengaminkan kehancuran saudara sesama Islam adalah perbuatan bidaah yang hukumnya haram.
Justeru, menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mereka yang melakukannya perlu bertaubat.
Beliau menegaskan dakwaan UMNO murtad adalah tuduhan bersifat fitnah yang tidak mempunyai asas jelas dari segi hukum syarak.
Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir... jadi dia kafir. Justeru, orang itu kena bertaubat. Selain itu, tuduhan mengatakan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas kukuh adalah fitnah.
Selagi kita mengucap syahadah, kita menyampaikan pendapat dan mempertahankan Islam... bagaimana kita boleh menjatuhkan hukuman murtad (kepada orang lain).
Saya takut orang yang menghukum orang lain murtad akan berbalik kepada diri sendiri, katanya selepas perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, di sini semalam. Perasmian disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Harussani berkata, perbuatan itu juga dibimbangi menyebabkan penyelewengan di kalangan umat Islam kerana ia dilakukan seorang pemimpin berpengaruh.
Dalam hadis membincangkan mengenai penyelewengan orang alim... kerana dia ada pengaruh dan mempunyai pengikut. Kalau itu (perbuatan mendoakan kehancuran dan menuduh orang lain murtad) dibuat secara penyelewengan, kaki (ahli) yang memuja dia mesti menyokong.
Apatah lagi perbuatan mendoakan kehancuran orang Islam adalah salah dan bertentangan dengan syariat Islam. Setiap Islam bersaudara dan wajib dilindungi serta dinasihati jika melakukan perbuatan tidak betul, katanya.
Beliau juga kesal PAS menjadikan perbezaan pendapat politik sebagai suatu kebencian sehingga bertindak melampau dan menuduh pihak lain.

Sunday, 28 October 2012
Majlis KORBAN PERDANA Parlimen Lenggong
(Dipetik dari laman Facebook YB Dato Shamsul Anuar Nasarah)
Meriah
dengan semangat gotong serta bersyukur dengan nikmat Allah limpahkan.
Lebih 25 ekor lembu sumbangan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Parlimen
Lenggong dikorbankan sempena Majlis Korban Perdana Parlimen Lenggong. 39
buah kampong dan 66 UMNO Cawangan terlibat dan antara jabatan
terliblibat KEMAS Lenggong, MPWK Parlimen Lenggong, Polis Daerah
Lenggong, RELA Lenggong, Majlis Belia Daerah Lenggong. Lebih 1500 tetamu
hadir dan menikmati Jamuan Korban yang disediakan oleh JKK Dan Penduduk
Kampong Luat, beberapa Ketua Jabatan turut hadir Pengarah KEMAS Perak,
Ketua Polis Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong, Pegawai Rela
Daerah, Penyelia Kanan KEMAS Lenggong serta kakitangan dan hampir
kesemua Ketua Kampong dan Ketua UMNO Cawangan hadir dimajlis yang
dikendalikan oleha YB Ahli Parlimen Lenggong selaku penganjur program.YB
Dato' Saarani Mohamad EXCO Negeri Perak hadir memeriahkan suasana dan
melakukan penutupan majlis ini.
Sunday, 21 October 2012
Pemimpin DAP Hina Kedaulatan Perak Dan Institusi Diraja
IPOH,
6 Dis – Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan
Perak dan Institusi Diraja kerana mengeluarkan kenyataan “Perak Darul
Kartun”, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata Anggota Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.
“Dengan sikap Nga ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? kata-katanya yang menggelar “Perak Darul Kartun” ini telah menghina Perak,” katanya selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK hari ini.
Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Nga yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 Sept lepas.
Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Nga baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya “hitam metalik”.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang mencadangkan semua wakil rakyat UMNO menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti itu, beliau tidak bersetuju.
“Cadangan itu tidak perlu kerana ia tidak membawa apa-apa kesan. Kalau buat pun mungkin dia akan suruh orang lain untuk melakukannya jadi ianya tidak memberi kebaikan juga.
“Melainkan kita ada sikap semangat memperjuangkan parti untuk mendapat sokongan rakyat tapi sekiranya ada antara kita tikam belakang dan ada yang sokong ibarat sokong membawa rebah,” katanya.
(Petikan dari UMNO Online)

Wednesday, 17 October 2012
Senjata Basi Pas Untuk Tarik Sokongan Rakyat
PENGKALAN CHEPA, 29 Mac – UMNO negeri ini melihat tangapan pihak
tertentu kononnya parti itu menolak Islam seperti yang diwar-warkan oleh
sesetengah pihak sebagai tindakan terdesak oleh mereka yang ingin
mempertahankan kedudukan politik dengan matlamat meraih sokongan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Hussin berkata UMNO menggunakan mandat serta kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk mengembangkan syiar Islam di negara ini dan bukannya menjadikan alat untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Menurut beliau dengan kuasa yang ada, kerajaan mengembangkan pelbagai dasar yang berkaitan Islam berbanding dengan Pas yang menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa.
“Di Kelantan kuasa yang ada pada mereka itu tidak digunakan dengan sepatutnya termasuklah dalam soal mengembangkan Islam. Contoh yang jelas sebelum ini pelbagai tohmahan dilemparkan kepada UMNO seperti tolak Islam, tolak hukum hudud dan sebagainya.
“Tetapi apabila rakyat memilih mereka pada 1990, mereka menjanjikan akan laksanakan hudud di Kelantan, pada peringkat awal ada kekangan yang berlaku tetapi akhirnya apabila perkara ini dibawa ke sidang DUN telah dipersetujui oleh semua wakil rakyat termasuk BN, tetapi hingga ke hari ini masih tidak dilaksanakan.
“Kenapa..? sedangkan perkara ini telah diluluskan dan kita nampak sebenarnya Pas tidak jujur untuk menegakkan agama Islam, undang-undang Islam. Kecelaruan dalam perkara ini cukup ketara. Baru-baru ini pula baru timbul jawatankuasa teknikal untuk lihat kesesuaian pelaksanaan.. apakah maknanya semua ini…bukankah ianya satu sandiwara,” katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.,
Dali yang juga Ketua UMNO Pengkalan Chepa seterusnya mengimbau bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu ketika pernah mengatakan hukum hudud ini hanyalah 0.0001 peratus sahaja dalam pelaksanaan undang-undang Islam.
“Apa pula pendirian MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dalam soal ini…Bukankah ada kecelaruan.. Apabila mereka sendiri berbeza dan ada kecelaruan dalam perkara ini, mereka seolah-olah mahu meletakkan kesalahan itu kepada UMNO dengan mengatakan kita pula tolak Islam.
“Pas sendiri tidak jujur dalam soal ini… Ditambah pula apa yang berlaku hari ini calon Perdana Menteri mereka yang menjadi idola, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi menyatakan jika mereka menang dalam pilihan raya mereka tidak akan melaksanakan undang-undang Islam…bukankah ini jelas kepada kita,” katanya.
Tegas beliau lagi pembangkang memainkan sentimen politik kebencian yang mendalam untuk menafikan bahawa pengembangan syiar Islam di negara kita adalah asasnya keluhuran perjuangan pemimpin UMNO.
“Merekalah (pemimpin UMNO) yang sebenarnya banyak berjasa dan memberikan sumbangan yang mengembangkan serta mengatur urus melaksanakan dasar untuk memastikan Islam tertegak di negara kita. Bukannya atas dasar retorik politik semata-mata,” katanya. -MediaUMNO

Monday, 15 October 2012
Untuk Wujudkan Kebencian Kepada UMNO
Oleh : Ropikah Ahmad
KUALA
LUMPUR, 20 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
membidas segelintir pihak yang sanggup menyebar kepalsuan dan fitnah
semata-mata untuk menghasut pelajar membenci kerajaan menjelangnya
pilihan raya kampus.Beliau berkata demikian berikutan tersebarnya sepucuk surat yang menggunakan kepala surat UMNO dan ditandatangani oleh Presiden parti.
“Ini satu perbuatan yang menunjukkan pihak tertentu begitu terdesak dan sanggup menggunakan apa cara sekali pun termasuk menyebar fitnah secara bertulis yang telah dapat dikesan oleh kita dan kononnya ditulis oleh saya atas nama Presiden UMNO,” katanya.
Surat tersebut ditujukan kepada Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menyatakan pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkuat kuasa serta merta.
“Surat yang palsu ini menyatakan bahawa ia adalah bertujuan membawa kejayaan dan kegemilangan kepada pro-Aspirasi untuk memartabatkan bangsa dan negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.
Tegasnya, ini adalah contoh bagaimana mereka ini dalam keadaan tertekan dan sanggup lakukan apa saja untuk sebarkan kebencian kepada kerajaan.
“Surat ini adalah satu fitnah yang saya nafikan sekeras-kerasnya malah saya tidak pernah mengeluarkan surat parti atas pelantikan mana-mana anggota dalam universiti,” tegasnya.
Ujarnya lagi, perkara ini boleh disahkan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. - Dipetik dari MediaUMNO Online
Sunday, 14 October 2012
PROGRAM TURUN PADANG
14.10.2012 - Jam 3.00 ptg, YB Dato Saarani Mohammad (ADUN K.Tampan) dan YB Dato Samsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong) bersama beberapa orang AJK UMNO Bahagian telah turun ke Kg Labit. Mereka telah berjumpa dan beramah mesra dengan beberapa penduduk kampung serta mendengar masalah yang mereka hadapi. Peruntukan untuk membina setor di tanah perkuburan dan pembaikan jalan telah diluluskan dengan segera. Sementara permohonan mereka untuk memasang lampu jalan akan dilaksanakan dalam sedikit masa lagi.
Beberapa orang penduduk yang ditemui berasa amat berpuas hati kerana masalah yang mereka hadapi selama ini telah dapat diselesaikan dengan segera. Kata mereka, bersesuaian dengan cogankata 1 Malaysia, "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Mereka menyuarakan bahawa mereka akan tetap bersama BN seperti masa2 dulu.
Seorang anak penduduk kampung Labit yang kini menetap di K.Lumpur telah memberi penerangan tentang senario yang berlaku di Selangor. Beliau telah pulang dari KL khusus untuk menghadiri majlis hari ini. Katanya di Selangor, pihak PR yang memerintah hanya pandai berjanji tetapi tidak ditepati. Penerangan yang beliau berikan kepada yang hadir telah membuka minda pendengar tentang mengapa kita tidak boleh berpihak kepada pembangkang.
Seterusnya, YB Dato Saarani telah memberikan penerangan yang jelas dan terperinci tentang Bajet yang dibentangkan oleh PM baru2 ini. Tambahan pula, budget ini telah mengambilkira kepentingan semua peringkat masyarakat seperti Pasukan Keselamatan, Pendidik, Belia, Ibu Tunggal, Pesara dlln. Beliau juga menerangkan perlunya kita menyokong BN dan menolak pihak pembangkang yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dalam pilihanraya yang akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)