IPOH,
6 Dis – Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan
Perak dan Institusi Diraja kerana mengeluarkan kenyataan “Perak Darul
Kartun”, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata Anggota Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya
mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau
perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.
“Dengan sikap Nga ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam
ini ke yang perlu diikut? kata-katanya yang menggelar “Perak Darul
Kartun” ini telah menghina Perak,” katanya selepas Hari Bertemu
Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK hari ini.
Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Nga yang mengeluarkan
kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9
Sept lepas.
Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan
bukan kerajaan, Nga baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry
kerana menggelarkannya “hitam metalik”.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO
Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang mencadangkan semua wakil rakyat
UMNO menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan
untuk terus bersama parti itu, beliau tidak bersetuju.
“Cadangan itu tidak perlu kerana ia tidak membawa apa-apa kesan.
Kalau buat pun mungkin dia akan suruh orang lain untuk melakukannya jadi
ianya tidak memberi kebaikan juga.
“Melainkan kita ada sikap semangat memperjuangkan parti untuk
mendapat sokongan rakyat tapi sekiranya ada antara kita tikam belakang
dan ada yang sokong ibarat sokong membawa rebah,” katanya.
(Petikan dari UMNO Online)
No comments:
Post a Comment