Sunday, 14 October 2012

PROGRAM TURUN PADANG

14.10.2012 - Jam 3.00 ptg, YB Dato Saarani Mohammad (ADUN K.Tampan) dan YB Dato Samsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong) bersama beberapa orang AJK UMNO Bahagian telah turun ke Kg Labit. Mereka telah berjumpa dan beramah mesra dengan beberapa penduduk kampung serta mendengar masalah yang mereka hadapi. Peruntukan untuk membina setor di tanah perkuburan dan pembaikan jalan telah diluluskan dengan segera. Sementara permohonan mereka untuk memasang lampu jalan akan dilaksanakan dalam sedikit masa lagi.

           Beberapa orang penduduk yang ditemui berasa amat berpuas hati kerana masalah yang mereka hadapi selama ini telah dapat diselesaikan dengan segera. Kata mereka, bersesuaian dengan cogankata        1 Malaysia, "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Mereka menyuarakan bahawa mereka akan tetap bersama BN seperti masa2 dulu.

            Seorang anak penduduk kampung Labit yang kini menetap di K.Lumpur telah memberi penerangan tentang senario yang berlaku di Selangor. Beliau telah pulang dari KL khusus untuk menghadiri majlis hari ini. Katanya di Selangor, pihak PR yang memerintah hanya pandai berjanji tetapi tidak ditepati. Penerangan yang beliau berikan kepada yang hadir telah membuka minda pendengar tentang mengapa kita tidak boleh berpihak kepada pembangkang. 

             Seterusnya, YB Dato Saarani telah memberikan penerangan yang jelas dan terperinci tentang Bajet yang dibentangkan oleh PM baru2 ini.  Tambahan pula, budget ini telah mengambilkira kepentingan semua peringkat masyarakat seperti Pasukan Keselamatan, Pendidik, Belia, Ibu Tunggal, Pesara dlln.  Beliau juga menerangkan perlunya kita menyokong BN dan menolak pihak pembangkang yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dalam pilihanraya yang akan datang.


No comments:

Post a Comment