Monday, 15 October 2012

Untuk Wujudkan Kebencian Kepada UMNO


KUALA LUMPUR, 20 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas segelintir pihak yang sanggup menyebar kepalsuan dan fitnah semata-mata untuk menghasut pelajar membenci kerajaan menjelangnya pilihan raya kampus.
Beliau berkata demikian berikutan tersebarnya sepucuk surat yang menggunakan kepala surat UMNO dan ditandatangani oleh Presiden parti.
“Ini satu perbuatan yang menunjukkan pihak tertentu begitu terdesak dan sanggup menggunakan apa cara sekali pun termasuk menyebar fitnah secara bertulis yang telah dapat dikesan oleh kita dan kononnya ditulis oleh saya atas nama Presiden UMNO,” katanya.
Surat tersebut ditujukan kepada Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menyatakan pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkuat kuasa serta merta.
“Surat yang palsu ini menyatakan bahawa ia adalah bertujuan membawa kejayaan dan kegemilangan kepada pro-Aspirasi untuk memartabatkan bangsa dan negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.
Tegasnya, ini adalah contoh bagaimana mereka ini dalam keadaan tertekan dan sanggup lakukan apa saja untuk sebarkan kebencian kepada kerajaan.
“Surat ini adalah satu fitnah yang saya nafikan sekeras-kerasnya malah saya tidak pernah mengeluarkan surat parti atas pelantikan mana-mana anggota dalam universiti,” tegasnya.
Ujarnya lagi, perkara ini boleh disahkan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. - Dipetik dari MediaUMNO Online

No comments:

Post a Comment