PROGRAM KEMERDEKAAN anjuran Kemas Parlimen Lenggong telah diadakan pada hari Selasa 9.10.2012 bertempat di Dewan Orang Ramai. Kg Teluk Batu. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Hj. Saarani b Hj Mohammad, Exco Penerangan, Kemajuan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan Negeri Perak.
Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya Perandingan Mewarna untuk kanak2, memasak dan gubahan dlln untuk dewasa. Hampir 500 orang telah hadir pada hari tersebut.
Para hakim sedang menjalankan tugas mereka.
YB Dato telah memberikan penerangan tentang Bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri baru2 ini. Mengapa kita harus berasa syukur berada di bumi bertuah Malaysia yang aman makmur, untuk membolehkan kita menikmati segala kemudahan yang ada.
Beliau mengajak kita agar tidak menjadi 'kufur nikmat' untuk mengelakkan kemurkaan Allah sebab bahananya akan dirasai oleh semua. Segala pembangunan dan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini akan hancur jika kita tidak berhati2.
YB Dato juga meminta rakyat berwaspada dengan 'Konsep Pluralisma' yang disokong oleh pemimpin pembangkang Rakyat juga harus bersatu padu membantu kerajaan merealisasikan matlamat kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan untuk semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment