Thursday, 11 October 2012

Penularan Liberalisme, Pluralisme Perangkap Halus Pihak Luar Jatuhkan Negara

KUALA LUMPUR, 11 Okt. – Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan buku berfahaman liberal secara halus mendedahkan wujudnya penularan fahaman terbabit dalam Pas dan dalam negara ini.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan melihat isu berkaitan aliran fahaman liberalisme tidak boleh dipandang mudah kerana ia adalah antara perangkap pemikiran masyarakat yang digunakan oleh pihak luar bagi menjatuhkan negara.
“Ini bukan hanya berkaitan isu idealogi politik yang berbeza tetapi yang lebih besar lagi melibatkan agama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau melalui fahaman tersebut ia memberikan hak sama rata kepada semua agama sedangkan dari sudut akidah pun sudah salah dan dalam pecahan pluralisme itu sendiri ada multi-lingualisme yang mana amalannya adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara ini.
“Dalam Perlembagaan kita jelas bahawa agama rasmi adalah Islam dan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu sedangkan amalan konsep yang cuba diterapkan oleh fahaman tersebut adalah memberikan hak sama rata kepada semua sama ada percakapan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya,” katanya lagi.
Beliau yang melakukan kajian dalam bidang sosio-budaya menekankan bahawa wujudnya agensi luar yang berselindung atas nama-nama tertentu misalnya, keadilan, kebebasan, kesamarataan, hak asasi dan sebagainya bagi mempengaruhi pemikiran masyarakat.
“Idealogi ini jugalah yang sebenarnya telah dibawa oleh anasir luar bagi memerangkap pemikiran negara-negara Islam di Timur Tengah sehingga runtuhnya sebuah kerajaan sebagaimana di Libya, Mesir, Syria dan beberapa negara lain.
“Barangkali kerana ‘terikatnya’ Pas kepada pakatan pembangkang maka Dr Haron telah mengeluarkan kenyataan atas harapan mahukan Pas menjadi satu parti politik yang tidak terikat.”
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar adanya seminar dan perbincangan secara terbuka melibatkan semua pihak sama ada part-parti politik, NGO dan lain-lain lagi untuk mengupas dan menerangkan berkaitan liberaslisme dan pluralisme tersebut. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment